20,000 rakyat Terengganu hadir Himpunan Kesyukuran di Gong Badak

0
534
Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu.

Hampir 20,000 rakyat Terengganu dari semua daerah memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus sempena Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu malam tadi.

Program yang diadakan jam 7 petang itu dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Kemudian hadirin menunaikan solat Isyak dan solat hajat secara berjemaah yang diimamkan Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz.

Program diteruskan dengan pidato perdana Pesuruhanjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang dan ucapan oleh Menteri Besar Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyampaikan ceramah penutup Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here